Rinduku padamu, Rindu tiada terperi, Jauh jarak darimu,
Terasa engkau di sini, Cinta ikhlasmu padaku, Bagai cahaya syurga, Dapatkah aku membalas cintamu, Secara bersahaja....

Wednesday, July 20, 2011

Cinta Datang Tanpa Diduga..



Cinta datang tanpa pernah aku duga. Kehadirannya sememangnya membawa seribu makna dalam hidupku. Dia banyak mengajar aku tentang erti sebuah kehidupan. Mengajar aku menjadi lebih kuat untuk menghadapi segala ujian yang bakal mendatang. Sesungguhnya, aku bersyukur dipertemukan dengannya. Seorang lelaki yang mampu membimbing aku menjadi seorang wanita yang cekal. Pertemuan pertama kali yang tak pernah aku fikir akan membawa kepada percintaan yang terindah.
Sayang, terima kasih sebab sentiasa bersama bie setiap masa. Sentiasa menyokong minat bie. Sentiasa memahami diri bie. Menemani bie selalu.
Batmanku tersayang, bie akan selalu mmencintai abang. Setiap saat yang ada bie akan terus mencintai abang. 

I LOVE U

Sunday, April 3, 2011

Sayangku..

Sayang..
Terima kasih untuk cinta terindah kita.
Segalanya indah tak terucap.
Mencintaimu adalah bahagia untukku.
Kisah cinta kita yang akan terus mengukir senyuman di bibir.
Hanya abang di hati bie.
Abang sangat indah.
Kehadiran abang tanpa bie duga.
Mengubah segalanya.
Sememangnya hati ini mencintai dirimu.
Merindui dirimu setiap saat.
Walaupun kita berjauhan, abang tetap di hati bie.
Kaulah kekasih, kaulah sahabat.
Yang akan terus menemani diri ini hingga akhir hayat.
Kau menenangkan ragaku dengan cinta.
Tak seperti dulu.
Kau mewarnai hidupku dengan cinta.
Memberi aku semangat dan kekuatan.
AZMEER REZZA
Ingatlah yang diri ini selalu menjadi milikmu sehingga ke akhir hayat.


Wednesday, March 9, 2011

PENGENALAN

Pertama kali di dalam kamus hidup aku, aku dijodohkan dengan seorang lelaki yang tidak pernah aku kenali. Bunyinya seperti cerita zaman dulu kala yang mana jodoh diaturkan oleh kedua orang tua. Di zaman sekarang ni, mana ada lagi semua tu. Mengarutlah! Dah memang jadi adat kehidupan remaja zaman sekarang iaitu bercinta. Namun, aku memilih untuk menyendiri setelah cinta yang dulu pergi. Bak kata pepatah ''cinta datang dan pergi, tapi cinta sejati kekal abadi''. Adakah ini yang dinamakan jodoh? Memang aku tidak dapat menerima semua ini secara logik akalnya. Aku juga punya perasaan dan tiada siapa yang berhak menentukan hidup aku. Hanya aku yang berhak memilih pasangan hidup aku. Bukan senang-senang saja nak menerima lelaki yang entah siapa-siapa.


Perkahwinan bukan mainan, aku nak hidup dengan lelaki yang aku pilih itu seumur hidupku, bukan sebulan dua sahaja. Lelaki yang aku idamkan adalah lelaki yang dapat menerima diri aku seadanya. Dia dapat membimbing aku ke jalan yang benar. Dia boleh memahami aku di saat aku memerlukan. Dia bersikap tegas dan bertanggungjawab serta penyayang dalam masa yang sama. Yang palin penting, dia mencintai aku seikhlas hatinya dan sepenuh hatinya.  


Memulakan cerita bagaimana semua ini berlaku, sungguh indah jalan ceritanya sehingga aku sendiri sukar menceritakannya. Semuanya bermula di majlis perkahwinan abang Fariq dan Kak Wan pada 7 Jun 2010 di Kampung Pangkalan Asam, Kangar Perlis. Kebetulan aku menjadi pengapit pengantin semasa majlis tersebut berlangsung. Majlis yang sederhana bertemakan Garden Wedding amat meriah dengan kehadiran sanak saudara jauh dan dekat menjayakan majlis. Sememangnya cara kami berkenalan sangat unik dan pelik. Susah untuk aku menceritakan bagaimana kami berjumpa, berkenalan, jatuh hati, jatuh cinta dan sebagainya.


Sudah semestinya kami bukan berkenalan di majlis perkahwinan abang. Jadi macam mana kami berkenalan adalah satu tanda tanya. Bagi menghargai cinta aku untuknya kini, aku akan mengabdikan cerita cinta kami untuk menjadi kenangan terindah dalam hidup kami berdua. Aku mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana menghadirkan perasaan dalam hatiku dengan penuh kebahagiaan dan senyuman.


Bersambung............................................................

Tuesday, March 8, 2011

Him..

I really love him.
I really need him.
I really want to be with him.
I want him!
I love the way he make me smile.
I love all about him.
I like the way he love me.
The most was,
I love him forever..

Monday, March 7, 2011

Hari Paling Membahagiakan Aku..

After 2 months meninggalkan aku, at last dapat jumpa my Batman Cayunk. Sepanjang dia dalam hutan, jujur aku selalu rindu dia. Teringat dia sampai termimpi. Setiap malam akan tengok gambar-gambar dia. Benda yang tak pernah dirancang but selalu dapat peluang. Mula-mula rancangan nak ke Pahang, but last-last minute terus ke Terengganu. Meet him. My Batman, yang paling aku sayang. 


Somethings yang abang tak tau, bie setiap malam before bie tidur bie akan tengok slide picture abang yang bie buatkan for abang tu. Bie akan wish goodnight dekat abang walaupun just pada angin. Bie harap abang rasa jugak benda yang sama sepanjang dekat sana tu. Then sometimes bie nangis jugak sebab b rindu abang sangat-sangat.


Penantian memang satu penyeksaan, 2 bulan bie rasa macam 2 tahun.. Cuma bie nak abang tau bie sayang abang. Walaupun bie tak pandai nak tunjuk but bie sayang abang from the first time we meet before. Kehadiran abang memang mengindahkan hidup bie.


Jumaat, 4 Mac 2011
Baru sehari abang keluar. Bie tersangat-sangat rindukan abang. Sebab tu bie kerja call abang ja. Sorry if merimaskan kamu ye batman. : p. Then cakap-cakap dengan abang, terus decide nak g dekat abang. Balik kelas petang tu terus siap-siap. Memang bie excited sangat. Terkejar-kejar dari Mantin ke Subang tinggal kereta kesayangan abang tu. Then naik tren terus ke Putra. Dahla bie tak pernah naik tren tu. ''Malu bertanya sesat jalan, bie tanya kat kaunter''. Dalam tren, bie tengok jam dah dekat 10.30pm. Tiket dahla tak ada, main redah dan tawakal ja. Sampai putra terus berkejar-kejar ke Putra. Tanya tiket first tak ada, then dapat tiket last. Terus ambil, seat paling belakang and kerusi cam Air asia. Sangat tak selesa. Bersyukur sangat dapat tiket.. Dalam bus tak boleh tido. Tunggu sampai ja..


Sabtu, 5 Mac 2011
Sampai di Terengganu pukul 5 pagi. Tak nak kejutkan Batman. Mesej jalah cakap dah sampai. Terus abang call bie, bie tak nak kejutkan abang sebab bie tau abang nak rest. Tapi tak sangka abang memang dah bangun. Time abang sampai tu, cam nak peluk-peluk ja. Cuma tak boleh ja. Suka duduk kat  McD dengan abang. Walaupun abang excited gila tunggu pukul 12, hahaha.. Tenks bawak bie merempit. Suka sangat. ; ). Malam tengok abang main futsal. Bie tengok abang ja, banyak bie ambil gambar abang. Bie rindu nanti boleh tengok jugak. Suka tengok abang senyum.


Ahad, 6 Mac 2011
Pagi tu, naik bus pukul 11 pagi. Thanks sebab berlari beli makan for bie. Sedih sangat dah nak balik. Macam tak nak balik ja. Nak stay dengan abang ja. Huhu.


Abang, tenks sebab susah-susah sana sini for bie. Then, sorry sebab bie abang kena merempit sana sini. Bie takkan lupakan hari-hari bie dapat tengok abang. Bie minta maaf if bie sakitkan hati abang or anythings. 


LOVE YOU AZMEER REZZA

Thursday, March 3, 2011

Penantian Berakhir..

Alhamdulillah.. Harini Batmanku akan keluar dari hutan. I been waiting for him for almost 2 month. Lastly now, i can 3G him everyday. Abang, bie rindu abang sangat-sangat. Tadi bie saja sent mesej, tengok tak delivered. serius sedih.


Then bie gatal tangan bie sent mesej sekali lagi.. Then, mesej delivered.. Yeeeepiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!


Abang, sorry bie ganggu abang sebab bie call abang. But bie rindu sangat nak dengar suara abang. Walaupun abang bukan artis. Bie sayang abang.. Selamat kembali.


Luv u..............................

Kekasih Hatiku







Cintaku Untuk Azmeer Rezza

Sememangnya blog ni khas untuk kekasih hati saya, Azmeer Rezza bin Azali. Memulakan cerita kisah cinta kami berdua dari bermulanya detik-detik perkenalan kami. Perkenalan yang singkat namun memberi berjuta makna di dalam hidupku. Hadirnya dia sememangnya banyak membahagiakan aku dan mengubah kehidupanku. Dia membimbing aku dan sentiasa menjadi pendorong di dalam hidupku. Semoga blog ini menjadi tatapan semua pasangan kekasih yang masih mencari cinta sejati.

Wednesday, March 2, 2011

Terima Kasih..

Terima kasih abang. Untuk kebahagiaan yang abang hadirkan dalam hidup bie selama perkenalan kita. Sepanjang pertunangan kita. Perkenalan yang singkat menjadi pasangan yang bahagia. Hadirnya abang dalam hidup bie, mengubah segalanya. Abang mampu membuatkan bie ketawa gembira. Abang sentiasa ada bersama dengan bie saat susah dan senang. Abang sentiasa memberi bie nasihat dan semangat dalam menghadapi masalah yang hadir dalam kehidupan bie. 


Abang terima bie seadanya. Abang memahami bie dan sentiasa bersabar dengan karenah bie. Bie sayangkan abang dan perlukan abang dalam hidup bie. Menemani bie setiap saat. Bie harap abang dapat merasa setiap hembusan nafas abang sepertimana bie sentiasa mengingati abang di setiap nafas bie. Abang perkara terindah yang pernah terjadi dalam hidup bie..


Maafkan bie, andainya bie melukai hati abang. Bie tak berniat untuk melukai hati abang seandainya bie ada menguris hati abang tanpa bie sedari sebelum ini. Bie nak bahagiakan abang macam mana abang bahagiakan bie. Bie akan sentiasa mengukir senyuman di bibir abang selagi bie masih bernafas di dunia ini. Sekarang hidup bie ada abang, semoga hubungan kita berkekalan hingga ke akhir hayat. Bie sayangkan abang..