Rinduku padamu, Rindu tiada terperi, Jauh jarak darimu,
Terasa engkau di sini, Cinta ikhlasmu padaku, Bagai cahaya syurga, Dapatkah aku membalas cintamu, Secara bersahaja....

Wednesday, March 9, 2011

PENGENALAN

Pertama kali di dalam kamus hidup aku, aku dijodohkan dengan seorang lelaki yang tidak pernah aku kenali. Bunyinya seperti cerita zaman dulu kala yang mana jodoh diaturkan oleh kedua orang tua. Di zaman sekarang ni, mana ada lagi semua tu. Mengarutlah! Dah memang jadi adat kehidupan remaja zaman sekarang iaitu bercinta. Namun, aku memilih untuk menyendiri setelah cinta yang dulu pergi. Bak kata pepatah ''cinta datang dan pergi, tapi cinta sejati kekal abadi''. Adakah ini yang dinamakan jodoh? Memang aku tidak dapat menerima semua ini secara logik akalnya. Aku juga punya perasaan dan tiada siapa yang berhak menentukan hidup aku. Hanya aku yang berhak memilih pasangan hidup aku. Bukan senang-senang saja nak menerima lelaki yang entah siapa-siapa.


Perkahwinan bukan mainan, aku nak hidup dengan lelaki yang aku pilih itu seumur hidupku, bukan sebulan dua sahaja. Lelaki yang aku idamkan adalah lelaki yang dapat menerima diri aku seadanya. Dia dapat membimbing aku ke jalan yang benar. Dia boleh memahami aku di saat aku memerlukan. Dia bersikap tegas dan bertanggungjawab serta penyayang dalam masa yang sama. Yang palin penting, dia mencintai aku seikhlas hatinya dan sepenuh hatinya.  


Memulakan cerita bagaimana semua ini berlaku, sungguh indah jalan ceritanya sehingga aku sendiri sukar menceritakannya. Semuanya bermula di majlis perkahwinan abang Fariq dan Kak Wan pada 7 Jun 2010 di Kampung Pangkalan Asam, Kangar Perlis. Kebetulan aku menjadi pengapit pengantin semasa majlis tersebut berlangsung. Majlis yang sederhana bertemakan Garden Wedding amat meriah dengan kehadiran sanak saudara jauh dan dekat menjayakan majlis. Sememangnya cara kami berkenalan sangat unik dan pelik. Susah untuk aku menceritakan bagaimana kami berjumpa, berkenalan, jatuh hati, jatuh cinta dan sebagainya.


Sudah semestinya kami bukan berkenalan di majlis perkahwinan abang. Jadi macam mana kami berkenalan adalah satu tanda tanya. Bagi menghargai cinta aku untuknya kini, aku akan mengabdikan cerita cinta kami untuk menjadi kenangan terindah dalam hidup kami berdua. Aku mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana menghadirkan perasaan dalam hatiku dengan penuh kebahagiaan dan senyuman.


Bersambung............................................................

No comments:

Post a Comment